More

    CelcomDigi dan Boost Bank tawarkan faedah 4% ke atas simpanan anda, dibayar secara mingguan

    Syarikat telekomunikasi tempatan CelcomDigi kini bekerjasama dengan bank digital pertama yang dimiliki syarikat tempatan, Boost Bank, bagi menyediakan manfaat eksklusif kepada para pelanggan yang menyimpan wang dalam bank digital tersebut.

    Pelanggan CelcomDigi yang menyimpan wang dalam akaun Boost Bank akan menerima kadar faedah 4% per annum yang akan dikira secara harian dan dibayar pada setiap minggu. Promosi ini akan berlangsung sehingga 6 November 2024 sahaja.

    Untuk mendapatkan kadar faedah ini, para pelanggan perlu menggunakan fungsi simpanan CelcomDigi Jar dalam aplikasi Boost Bank, kemudian laksanakan pembayaran bil prabayar atau pascabayar pada setiap bulan melalui aplikasi Boost.

    Selain kadar faedah, para pelanggan juga akan menerima pulangan tunai sebanyak 4% ke atas tambah nilai prabayar dengan menggunakan kod CDPREPAID sewaktu membuat pembayaran sekurang-kurangnya RM30.

    Para pelanggan pascabayar juga boleh menikmati manfaat yang sama, dengan menggunakan kod CDPOSTPAID sewaktu membuat pembayaran sekurang-kurangnya RM60.

    Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut mengenai promosi khas dengan Boost Bank ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured