More

    Anda kini boleh menjana imej percuma dengan DALL-E 3 melalui ChatGPT

    OpenAI kini melancarkan keupayaan yang membolehkan pengguna versi percuma ChatGPT menghasilkan sehingga dua imej setiap hari dengan model DALL-E 3. Sebelum ini, DALL-E 3 hanya tersedia untuk pengguna berbayar ChatGPT Plus.

    Untuk makluman anda, salah satu penambahbaikan utama DALL-E 3 ialah membenarkan pengguna ChatGPT untuk membuat gesaan bagi menjana imej melalui keupayaan kecerdasan buatan (AI). Menjana imej menggunakan DALL-E 3 boleh dilakukan sama ada melalui laman web atau aplikasi ChatGPT.

    Hanya cadangkan gesaan yang berkaitan dan ChatGPT akan menjana imej berdasarkan arahan. Seperti yang dinyatakan, ChatGPT hanya membenarkan dua imej setiap hari dan jika had harian dicapai, pengguna akan melihat mesej notifikasi yang mengatakan anda telah mencapai had penciptaan imej dan perlu naik taraf kepada ChatGPT Plus atau cuba lagi esok.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X OpenAI

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured