fbpx
More

    Nokia mungkin akan lancarkan Nokia 6.3 dengan cipset Snapdragon 730 dan empat kamera

    Menurut laman web Nokia Power User, Nokia 6.3 yang akan dilancarkan kelak bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 730 dan empat kamera di belakangnya. Sumber tersebut juga mengatakan ia bakal dilancarkan pada suku ketiga tahun ini bersama Nokia 7.3 dan Nokia 9.3 PureView 5G.

    Daripada segi kamera, Nokia 6.3 mungkin akan dilengkapi kamera utama 24MP, kamera ultra-lebar 12MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro. Di samping itu, butang kuasanya juga akan bertindak sebagai pengimbas cap jari.

    Untuk makluman, Snapdragon 730 adalah sebuah cipset kelas pertengahan yang turut berada dalam telefon seperti Samsung Galaxy A71, OPPO Reno2 dan Xiaomi Redmi K20. Walau bagaimanapun ini hanyalah khabar awal dan tidak semestinya bermaksud produk akhir akan dilengkapi spesifikasi ini.

    Beritahu kami di Facebook jika Nokia 6.3 berada dalam radar anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nokia Power User

     

    Artikel Terkini

    Ulasan HONOR X7b 5G – ‘Entry level’ tapi macam ‘mid-range’?

    HONOR X7b versi 5G telahpun dilancarkan pada 22 April 2024 di pasaran Malaysia dengan harga RM899 memberikan spesifikasi tersendiri dan membawa storan...

    Kerjasama PETRONAS, CelcomDigi bakal transformasi tekno-digital 5G untuk sektor tenaga

    PETRONAS dan CelcomDigi bekerjasama melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memacu usaha transformasi digital dan kemampanan untuk industri tenaga dengan memanfaatkan kuasa...

    TSMC bakal hasilkan cip dengan proses 1.6nm menjelang 2026

    TSMC mengumumkan proses pembuatan 1.6nm untuk cip dan ia juga termasuk rangkaian penghantaran kuasa yang meningkatkan kecekapan kuasa dan ketumpatan transistor dengan...

    Kejohanan MLBB Infinix GT 20 Pro tawar hadiah sehingga RM10,000, acara bakal diadakan pada...

    Sempena pelancaran Infinix GT 20 Pro pada 2 Mei ini, Infinix Malaysia akan menganjurkan Kejohanan MLBB Infinix GT 20 Pro iaitu sebuah...

    Samsung Galaxy Unpacked kedua dijadualkan pada 10 Julai 2024

    Acara Samsung Galaxy Unpacked yang akan datang dijadualkan pada 10 Julai 2024 di Paris, bertepatan dengan penganjuran City of Love Sukan Olimpik...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X