More

    Anda dijemput ke ASUS AI PC First Experiential Roadshow di KL, diskaun komputer sehingga RM9,000

    Sempena pelancaran dua buah komputer riba ASUS ProArt pada hari ini, ASUS Malaysia turut memulakan jerayawara ASUS AI PC First Experiential Roadshow yang akan berlangsung pada 12 hingga 18 Ogos 2024 di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

    Di situ, anda boleh cuba sendiri pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI) dalam komputer-komputer ASUS yang dikuasai oleh Copilot+ dan akan melancarkan penggunaan harian anda. Antara komputer ASUS yang boleh dicuba di situ termasuklah ProArt P16, ProArt PX13, Vivobook S 15 (S5507), Zenbook S 16 (UM5606), Zephyrus G16 (GA605) dan TUF Gaming A14 (FA401).

    Hadiah yang boleh dimenangi dalam jerayawara ini

    Anda juga boleh beli komputer di situ yang menawarkan diskaun sehingga RM9,000 untuk komputer-komputer terpilih. Pelanggan akan menerima hadiah dengan nilai sehingga RM866, serta peluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai RM45,000 secara keseluruhan.

    Pengunjung juga berpeluang memenangi konsol gaming mudah alih ROG Ally X dengan mencuba komputer ASUS AI.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menghadirinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured