More

    Google Pixel Buds Pro 2 dilancar di Malaysia: Cip Tensor A1, sokong Gemini AI dan ANC berganda berharga RM1,099

    Selain siri Google Pixel 9, Google turut mengeluarkan Pixel Buds Pro 2 terbaharu yang telah dinaik taraf dengan ketara daripada segi fungsi pengurangan hingar aktif (ANC) dan keselesaan pemakaian. Fon telinga ini tersedia dalam empat warna iaitu Porcelain, Hazel, Wintergree dan Poeny.

    Pixel Buds Pro 2 hadir dengan reka bentuk lebih kecil dan lebih ringan daripada generasi sebelumnya. Google mengatakan bahawa saiz fon telinga ini telah dikurangkan sebanyak 27%. Untuk meningkatkan kestabilan pemakaian, ia juga dilengkapi dengan penstabil yang boleh diputar dan boleh laras untuk memastikan fon telinga boleh dipasang dengan kukuh pada telinga.

    Ia dilengkapi dengan cip Tensor A1 generasi baharu yang menyokong penjejakan kedudukan yang lebih tepat dan menggunakan teknologi Bluetooth 5.4. Ini adalah cip Tensor pertama yang direka khusus untuk fon telinga yang boleh menggandakan kesan pengurangan hingar aktif serta mengembangkan julat frekuensi pengurangan hingar dalam penghapusan hingar frekuensi tinggi.

    Menurut data yang disediakan oleh Google, apabila fungsi ANC dimatikan, Pixel Buds Pro 2 mempunyai hayat bateri sehingga 12 jam dan ia boleh digunakan selama 48 jam dengan kotak pengecasan. Apabila ANC dihidupkan, hayat bateri adalah 8 jam dan boleh digunakan dengan kotak pengecasan sehingga 30 jam.

    Selain itu, fon telinga ini menyokong pengecasan pantas yang boleh memberikan 1.5 jam masa main balik selepas 5 minit pengecasan (ANC dimatikan). Pixel Buds Pro 2 menampilkan unit pemacu 11mm dan ruang bunyi frekuensi tinggi baharu. Google juga telah menambah fungsi pengesanan perbualan pada fon telinga ini.

    Ia aktif apabila pengguna mula bercakap dan fon telinga akan bertukar secara automatik kepada mod ketelusan. Selepas perbualan tamat, ia akan bertukar semula kepada mod ANC secara automatik. Pixel Buds Pro 2 tersenarai di Google Store Malaysia dan dijual dengan harga RM1,099 dan boleh dibeli melalui CelcomDigi, Maxis, Urban Republic, Senheng, Shopee dan Lazada.

    Ia tersedia dalam pasaran bermula 22 September ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Google Pixel Buds Pro 2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured