Sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PROTON telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu untuk pelanggan yang ingin berkunjung ke pusat servis PROTON di seluruh Malaysia. SOP ini telah diumumkan melalui sebuah perkongsian di laman web rasmi PROTON.
SOP baharu ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menjaga keselamatan pelanggannya. Mereka juga turut menjangkakan bilangan pengunjung yang ramai memandangkan pusat servis telah ditutup selama dua bulan berikutan pelaksanaan PKP yang lalu.



Berikut merupakan Prosedur Standard Operasi (SOP) di setiap pusat servis PROTON:
- Temujanji perlu dibuat sebelum hadir ke pusat dan pelanggan perlu hadir 20 mini lebih awal selepas waktu temujanji telah disahkan. Pelanggan jumpa terus (walk-in) tidak akan diterima.
- Label penjarakan sosial telah diletakkan di setiap kaunter pendaftaran, meja penasihat servis, kaunter pembayaran dan ruang menunggu untuk pelanggan.
- Setiap pelanggan dikehendaki menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis dan perlu mengisi borang deklarasi kesihatan.
- Pensanitasi tangan akan disediakan di kaunter-kaunter pendaftaran, sementara poster keselamatan juga dipaparkan di semua pusat servis.
- Setiap kereta akan disanitasi selepas diservis dan sebelum dikembalikan kepada pemilik kenderaan.
PROTON juga menyatakan bahawa jumlah temujanji adalah terhad dalam masa sehari. Untuk membuat temujanji, anda disarankan menghubungi pusat servis PROTON terdekat atau hubungi talian pelanggan di 1-800-88-8398.
Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






