More

    Siri vivo V40 dilancar di Malaysia: Dimensity 9200+ dan kamera ZEISS 50MP bermula RM1,999

    Pada hari ini, vivo memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru untuk pasaran Malaysia iaitu vivo V40 dan vivo V40 Pro. Dengan fungsi lensa ZEISS, telefon pintar ini mungkin memberikan hasil fotografi yang lebih berkualiti.

    vivo V40 Pro

    Telefon ini dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.78 inci dengan resolusi 1260×2800, kadar segar semula 120Hz, sokongan warna HDR10+ dan kecerahan puncak sehingga 4,500 nits, membuatkannya mudah dilihat walaupun dalam situasi yang sangat terang. Skrinnya mempunyai pengimbas cap jari di bahagian bawah.

    Ia mempunyai ukuran 164.2 x 74.9 x 7.6 mm, berat 192 gram dan pilihan warna Moonlight White atau Stellar Silver. Untuk ketahanan, telefon ini mempunyai rating kalis air dan debu IP68 yang bermaksud ia boleh tenggelam ke paras 1.5 meter selama 30 minit.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 9200+ iaitu cipset setaraf dengan telefon andalan (flagship) yang dilancar pada 2023, RAM 8GB, storan dalaman 256GB, bateri 5,500mAh dan pengecasan pantas 80W. Sistem operasinya adalah Android 14 dengan antara muka (UI) Funtouch 14.

    Daripada segi fotografi, vivo V40 Pro mempunyai kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP dengan zum optikal 2x dan kamera ultra-lebar 50MP. Ketiga-tiga kamera ini mempunyai lensa ZEISS T*, manakala lampu denyar (LED) pula ditawarkan dalam bentuk bulatan Aura Light seperti vivo V30 Pro. Kamera hadapan pula mempunyai sensor 50MP.

    Kamera vivo V40 Pro

    Telefon ini menyokong rakaman video sehingga 4K 30fps pada semua kamera, dengan penstabilan OIS dan EIS. Ia turut menyokong hubungan wayarles Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3 dan NFC.  vivo V40 Pro dijual pada harga RM3,499.

    vivo V40

    vivo V40 mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan vivo V40 Pro, kecuali daripada beberapa perbezaan utama. Sebagai contoh, vivo V40 menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 dan pilihan untuk storan dalaman sebanyak 256GB dan 512GB. Ia juga mempunyai satu lagi pilihan warna iaitu ungu Lotus Purple.

    Selain itu, vivo V40 mempunyai dua kamera sahaja iaitu kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 50MP, bermaksud ia tidak mempunyai kamera telefoto seperti dalam vivo V40 Pro. vivo V40 dijual dalam pasaran pada harga bermula RM1,999 untuk versi 256GB dan RM2,399 bagi versi 512GB.

    "
    "

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi vivo Malaysia dan halaman media sosialnya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...