HONOR telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan tiga peranti andalan terbaru pada IFA 2024 di Berlin, Jerman pada 5 September ini. Peranti-peranti tersebut termasuk tablet HONOR MagicPad2, komputer riba HONOR MagicBook Art 14 dan telefon boleh lipat paling nipis dan ringan, HONOR Magic V3.
Ketiga-tiga peranti ini memperlihatkan inovasi terkini dari segi reka bentuk dan prestasi dengan fokus pada ciri-ciri yang lebih nipis, lebih ringan, dan lebih kukuh berbanding model-model terdahulu. Ini menunjukkan usaha HONOR dalam mengembangkan sempadan teknologi dan memenuhi keperluan pengguna yang mengutamakan kemudahan dan prestasi tinggi.
HONOR MagicPad2 direka dengan profil ultra-nipis setebal 5.8mm dan berat hanya 555g, menjadikannya salah satu tablet paling ringan di pasaran. Dengan bezel ultra-sempit 4.9mm, pengguna dapat menikmati pengalaman tontonan yang lebih imersif dan tidak terganggu.
HONOR MagicBook Art 14 pula menampilkan rekaan yang sangat nipis dengan ketebalan hanya 1cm dan berat sekitar 1kg. Ini menjadikannya komputer riba HONOR yang paling nipis dan ringan, menawarkan gabungan sempurna antara rekaan canggih dan kemudahalihan. Pelancaran global peranti-peranti ini boleh disaksikan secara langsung pada 5 September 2024, jam 8 malam di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic MagicPad 2 dan HONOR MagicBook Art 14, anda boleh lawati laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







