More

    Redmi Pad SE 8.7 rasmi di Malaysia: Helio G85, skrin 90Hz dan versi 4G bermula RM599

    Xiaomi baru-baru ini telah mengumumkan keluaran tablet mampu milik terbaharunya di bawah jenama Redmi di Malaysia dengan Redmi Pad SE 8.7. Tablet Redmi Pad SE 8.7 terdiri daripada Pad SE 8.7 dan Pad SE 8.7 4G.

    Redmi Pad SE 8.7 dilengkapi dengan paparan LCD 8.7 inci dengan kadar penyegaran 90Hz, kedalaman warna 10 bit dan lulus pensijilan TV Rheinland untuk memastikan cahaya biru rendah dan tiada kelipan. Ia dilengkapi pemproses Helio G85, RAM 6GB dan storan 128GB yang boleh dikembangkan.

    Selain itu, baterinya berkapasiti 6,650mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Kamera belakang utama menggunakan sensor 8MP manakala kamera swafoto 5MP. Tablet ini juga menampilkan dwi pembesar suara stereo yang menyokong Dolby Atmos.

    Selain itu, Redmi Pad SE 8.7 menyokong Wi-Fi 5, Bluetooth 5.3, bicu audio 3.5mm, radio FM dan versi 4G. Ketebalannya hanya 8.8mm dan berat 373g. Redmi Pad SE 8.7 tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu kelabu, hijau dan biru.

    Berikut merupakan harga Redmi Pad SE 8.7:

    • Redmi Pad SE 8.7 (WiFi) 6/128GB – RM599
    • Redmi Pad SE 8.7 4G (4/64GB ) – RM599 (harga promosi dalam talian RM549)
    • Redmi Pad SE 8.7 4G ( 6/128GB ) – RM699

    Redmi Pad SE 8.7 boleh didapati di mana-mana kedai sah Xiaomi dan dalam talian di mi.com serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee atau Lazada. Dari 23 Ogos hingga 1 September, pembeli boleh menikmati tawaran awal eksklusif dan sarung pelindung Redmi Pad SE 8.7 percuma (bernilai RM 149) dengan pembelian mana-mana Redmi Pad SE 8.7 sementara stok masih ada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi Pad SE 8.7 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured