More

    Pengunjung IOI City Mall Putrajaya boleh solat Jumaat mulai September ini

    Berita baik untuk pengunjung pusat beli-belah terbesar di Malaysia, IOI City Mall Putrajaya khususnya yang beragama Islam kerana anda akan dapat menunaikan solat Jumaat bermula September ini. Perkara tersebut diumumkan oleh pihak pengurusan menerusi akaun Facebook rasmi IOI City Mall Putrajaya.

    Sebelum ini, surau sedia ada di dalam IOI City Mall Putrajaya telah ditutup sementara bagi tujuan pengubahsuaian dan diluaskan untuk menempatkan jemaah Jumaat. Poster yang dikongsikan itu turut memaparkan logo Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ini adalah penting kerana surau tersebut mendapat kelulusan yang sah bagi membolehkan solat Jumaat didirikan.

    Surau untuk solat Jumaat di dalam IOI City Mall Putrajaya terletak di arah timur, LG, berdekatan dengan ‘East Court’. Untuk pengetahuan, IOI City Mall Putrajaya mempunyai keluasan 2.5 juta kaki persegi. Selain daripada pelbagai pilihan restoran, barangan dan alatan, terdapat juga pusat haiwan IOI City Farm berkeluasan 18,000 kaki persegi yang menjadi tarikan untuk aktiviti keluarga.

    Dengan adanya kemudahan di premis ini, pengunjung beragama Islam dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan lebih mudah. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: FB IOI City Mall

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured