Seperti biasa pada hujung bulan, CelcomDigi menganjurkan promosi Hari Gaji Specials untuk bulan Ogos yang akan berlangsung sehingga 27 Ogos 2024. Selain menawarkan kuota internet pada harga berpatutan, syarikat itu turut menawarkan siri telefon iPhone 15 pada harga istimewa.
Sepanjang promosi ini, anda boleh dapatkan penjimatan sehingga RM1,080 untuk semua varian iPhone 15. Promosi ini boleh didapati di CelcomDigi Online Shop dan anda juga boleh dapatkan diskaun tambahan sebanyak RM300 jika anda menggunakan kod promosi “HGSAUGUST” sewaktu membuat pembayaran. Layari laman web CelcomDigi jika anda berminat dengan promosi ini.
Untuk para pelanggan pascabayar, CelcomDigi menawarkan kuota internet 5G/4G sebanyak 700GB pada harga RM8 sahaja. Perlu diingati bahawa kuota ini hanya boleh digunakan selama lima hari, dan ia boleh dibeli daripada aplikasi Celcom Life App atau MyDigi App.
Sementara itu, para pelanggan prabayar XPAX Prepaid dan Digi Prepaid boleh menikmati data tambahan sebanyak 30GB jika mereka melanggan kepada pelan Celcom XPAX Unlimited pada harga RM38 dan ke atas, atau pelan Digi NEXT 35 dan Digi NEXT Unlimited 40 melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet, Boost atau ZCITY. Kuota ini hanya boleh digunakan selama tujuh hari.
Pelanggan prabayar juga boleh membeli kuota internet sehingga 40GB melalui aplikasi Celcom Life App atau MyDigi app.
Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut mengenai promosi Hari Gaji Specials. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







