More

    Siri HMD Pulse diumum di Malaysia, hadir dengan kit pembaikan sendiri berharga RM739

    Hari ini, rakan kongsi Nokia, HMD telah memasuki pasaran Malaysia dengan tiga telefon baharu iaitu HMD Pulse Pro, HMD Pulse+ dan HMD Pulse. Peranti ini bukan sahaja mesra bajet, tetapi ia direka untuk mudah dibaiki oleh pengguna sendiri. Terdapat juga HMD Skyline baharu tetapi ia akan tiba kemudian.

    Isu seperti paparan retak, port pengecasan rosak atau bateri tidak berfungsi, pengguna kini boleh dibaiki oleh pengguna sendiri dengan kerjasama iFixit yang dipanggil Gen 1 repairability. HMD Skyline ialah telefon pintar 5G pertama syarikat yang akan dilancarkan di sini pada September 2024.

    Peranti ini mengutamakan kamera dengan menampilkan kamera swafoto 50MP dengan autofokus dan penjejakan mata serta teknologi gerak isyarat swafoto. Di bahagian belakang, ia dilengkapi persediaan tiga kamera OIS Hibrid 108MP yang menawarkan mod potret dengan kesan bokeh, zum x4 dan mod ultralebar 0.5, semuanya dipertingkatkan oleh AI Capture Fusion.

    HMD juga menyepadukan Mod Detoks untuk pengguna menyesuaikan detoks digital mereka dan mengekalkan pengalaman telefon pintar yang seimbang. Hayat baterinya boleh mencapai sehingga 48 jam dan hadir dengan pengecasan magnet Qi2.

    HMD masih akan terus menjual telefon Nokia dan pada masa yang sama mengeluarkan peranti HMD baharu melalui Zitron Fulfillment Sdn Bhd iaitu pengedar sah untuk semua peranti HMD. Pada masa ini, HMD Pulse Pro (8GB + 256GB) boleh didapati dalam warna hitam dan ungu akan dilancarkan pada 30 Ogos 2024 dengan harga RM739.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti HMD ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured