More

    OPPO dedahkan peranti tiga lipatan, mungkin dilancarkan tidak lama lagi

    Dalam berita sebelum ini, Tecno telah mempamerkan peranti degan skrin tiga lipatan Phantom Ultimate 2 di YouTube manakala Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Perniagaan Pengguna HUAWEI Richard Yu yang menunjukkan beliau sedang memegang peranti tiga lipatan di khalayak ramai.

    Kini, giliran OPPO pula untuk memasuki telefon pintar segmen tiga lipatan seperti yang disahkan oleh Pengurus Produk Zhou Yibao pada akaun Weibonya. Atas sebab tertentu, siaran yang beliau kongsi di halamannya telah dialih keluar. Namun, itu tidak dapat menutup dakwaan bahawa OPPO sememangnya sedang mengusahakan telefon tiga lipatan.

    Tidak mengejutkan, telefon tiga lipatan OPPO mempunyai dua engsel tetapi dengan paparan hampir tanpa bezel. Penutup belakang dikatakan diperbuat daripada kulit tiruan dan peranti ini berjalan pada ColorOS. Beberapa widget juga boleh dilihat dalam paparan.

    Dalam siaran yang dipadamkan, Zhou berkata OPPO telah mengusahakan peranti tiga lipatan selama beberapa tahun dengan banyak reka bentuk konsep. Selain itu, beliau turut mendakwa apabila syarikat itu menyelesaikan beberapa kelemahan, peranti tiga lipatan OPPO ini dirancang untuk dilancarkan secara komersial.

    Kita mungkin menyaksikan peranti tiga lipatan dilancarkan pada 2025 dan bermulanya era baharu dalam inovasi telefon pintar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured