Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyeru orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat palsu dalam internet yang mendakwa kononnnya ibu kota Kuala Lumpur mengalami risiko tanah jerlus yang tinggi, menjadikannya bandar yang tidak selamat untuk didiami.
Maklumat palsu itu rancak disebar oleh warganet selepas kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu yang menyebabkan kehilangan seorang pelancong India di situ.
Datuk Seri Saifuddin menyifatkan penyebaran maklumat palsu itu sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab dan mampu menimbulkan keadaan cemas. Jika penyebar berita palsu ini berjaya dikesan, polis akan mengambil tindakan undang-undang kerana menyebarkan maklumat palsu yang menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kuala Lumpur masih selamat dikunjungi, walaupun terdapat beberapa insiden mendapan tanah baru-baru ini.
Untuk misi mencari dan menyelamat mangsa di Masjid India, misi tersebut telah dihentikan di kini beralih kepada fasa “mencari dan memulih (search and recovery)“.
Kami berharap para pembaca tidak menyebarkan sebarang bentuk berita palsu. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA, gambar Facebook







