More

    Rakyat Malaysia yang ingin lawat Jepun bakal perlu lengkapkan borang pra-semakan sebelum bertolak

    Pada waktu ini, rakyat Malaysia yang ingin melawat Jepun untuk tempoh kurang daripada 90 hari tidak perlu membuat pendaftaran visa di kedutaan negara tersebut. Ini amat memudahkan rakyat Malaysia yang ingin ke Negara Matahari Terbit itu untuk tujuan ringkas seperti pelancongan atau perniagaan.

    Sungguh pun begitu, pada masa hadapan rakyat Malaysia bakal perlu melengkapkan sebuah sistem pra-semakan jika mereka ingin melawat Jepun. Sistem tersebut digelar sebagai Japan Electronic System for Travel Authorization (JESTA) dan ia perlu diisi untuk warganegara yang datang dari 71 negara yang tidak memerlukan visa, termasuk Malaysia.

    Kerajaan Jepun akan memperkenalkan sistem JESTA kerana mereka mendapati ramai pelawat telah menyalahgunakan kemudahan bebas visa (visa-exempt) dan telah menetap di Jepun lebih lama daripada tempoh yang ditetapkan. Sebagai contoh, daripada 49,801 pelawat yang melebihi tempoh lawatan yang dibenarkan pada Januari 2016, sebanyak 28,000 pelawat datang dari negara yang tidak memerlukan visa.

    Dengan sistem JESTA, pelawat perlu mendaftarkan diri dalam sistem tersebut sebelum bertolak ke Jepun dan menyatakan maklumat seperti sebab lawatan dan tempat penginapan. Maklumat itu kemudian akan diperiksa oleh pihak imigresen Jepun dan jika mereka mendapati pendaftar mempunyai risiko untuk tinggal di Jepun dengan lebih lama berbanding tempoh yang dibenarkan, individu tersebut tidak akan menerima kebenaran untuk melawat Jepun.

    Sistem tersebut akan memeriksan butiran seperti rekod jenayah dan individu yang diburu oleh agensi penguatkuasaan antarabangsa. Jika pendaftar gagal mendapatkan kelulusan dalam JESTA, beliau masih boleh membuat pendaftaran visa di pejabat kedutaan. Sistem itu serupa dengan ESTA (Electronic System for Travel Authorization) yang diamalkan oleh Amerika Syarikat terhadap pelawat yang datang dari negara-negara yang tidak memerlukan visa.

    Kerajaan Jepun merancang untuk memperkenalkan sistem JESTA bermula 2030. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Japan Today, gambar Pexels

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured