More

    Pesara bank jadi mangsa “Love Scam”, rugi hampir RM2 juta

    Polis Selangor melaporkan bahawa seorang pesara bank di Bukit Jelutong mengalami kerugian RM1.98 juta selepas beliau menjadi mangsa penipuan cinta (love scam) dalam internet.

    Mangsa yang merupakan pesara berusia 64 tahun itu mula ditipu sejak Mei lalu selepas beliau terlibat dengan penerimaan untuk satu bungkusan. Untuk menebus bungkusan tersebut, beliau kononnya perlu melakukan 12 transaksi untuk memindahkan wang kepada 12 akaun bank berlainan.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya akan membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan mendesak supaya harta diserahkan.

    Beliau juga mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dan jangan terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan, serta tidak melayan sebarang orang yang tidak dikenali dalam media sosial. Sebelum membuat sebarang transaksi, anda boleh buat pengesahan nombor telefon atau akaun bank di laman web https://semakmule.rmp.gov.my.

    Kami berharap para pembaca akan kekal berhati-hati dengan penipuan yang semakin meluas dalam internet. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured