More

    HONOR bekerjasama dengan Google untuk bawa pelbagai fungsi AI dalam HONOR Magic V3

    HONOR Malaysia bakal melancarkan telefon pintar lipat terbaru, HONOR Magic V3, pada hari Khamis ini (5 September 2024). Seperti kebanyakan telefon yang dilancar pada tahun ini, ia dilengkapi pelbagai fungsi berdasarkan kecerdasan buatan (AI) dan HONOR telah bekerjasama dengan Google untuk menyediakan teknologi AI tersebut.

    Antara fungsi AI yang ditawarkan dalam Magic V3 termasuklah HONOR AI Eraser, Face to Face Translation, HONOR Notes dan Magic Portal. Dengan HONOR AI Eraser, anda boleh membuang sebarang objek yang tidak dikehendaki dalam gambar anda, kemudian ia akan menggunakan teknologi AI generatif untuk mengisi ruang yang telah dipadam itu sebaik mungkin.

    Face to Face Translation pula membenarkan anda untuk berbual dengan lebih mudah bersama penutur bahasa lain. Anda hanya perlu bercakap dekat dengan Magic V3, kemudian skrinnya akan memaparkan terjemahan dalam bentuk teks supaya orang di hadapan boleh memahami percakapan anda. Buat masa ini, ia menyokong 10 bahasa termasuklah Inggeris, Cina dan Melayu.

    HONOR Notes membenarkan anda untuk merakam sebarang percakapan atau ceramah, kemudian ia akan menulis percakapan tersebut dalam bentuk teks secara automatik supaya anda boleh merujuk semula dengan lebih senang. Teks yang telah ditaip itu juga boleh diterjemahkan kepada bahasa lain secara automatik.

    Selain itu, Magic Portal membenarkan anda berkongsi gambar atau maklumat dengan lebih mudah. Dengan fungsi ini, anda hanya perlu bulatkan teks, alamat atau imej menggunakan sendi jari dan menyeretnya ke bahagian sisi skrin untuk perkongsian pantas kepada Google, WhatsApp, Facebook, Instagram atau TikTok. Magic V3 membenarkan anda membuka dua Magic Portal serentak.

    Jika anda berminat untuk mencuba sendiri fungsi-fungsi AI dalam Magic V3, anda boleh datang ke HONOR Magic V3 Roadshow di Pavilion Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 3 hingga 8 September 2024. Ia akan turut diadakan di Queensbay Mall Pulau Pinang pada 18 hingga 22 September 2024.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR Magic V3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured