More

    PICO 4 Ultra rasmi di Malaysia dengan Snapdragon XR2 Gen 2, sokongan pelbagai platfrom berharga RM2,799

    Hari ini, PICO 4 Ultra telah dilancarkan di Malaysia secara rasmi. Set kepala Realiti Campuran semua-dalam-satu baharu ini menggunakan reka bentuk bateri yang dipasang di belakang dan pengagihan berat keseluruhan adalah lebih seimbang. Ia menampilkan kamera dwi 32MP RGB dan kamera penderia kedalaman iToF yang memberikan pengalaman warna HD stereoskopik.

    Selain itu, set kepala ini memperkenalkan konsep ruang kerja panoramik dan menyokong operasi berbilang tetingkap untuk tujuan berbilang tugas. PICO 4 Ultra turut disertakan dengan aksesori tangkapan gerakan baharu. Digelar PICO Motion Tracker, pengguna boleh mengikat penjejak ringan ini pada buku lali untuk mencapai tangkapan gerakan seluruh badan.

    Aapabila dipasangkan dengan penjejakan gabungan berbilang model PICO, ia boleh menyampaikan tangkapan gerakan yang tepat, kependaman rendah dan serasi dengan VRChat, Tempo Club serta Les Mills Dance. PICO 4 Ultra dikuasakan oleh platform Snapdragon XR2 Gen 2 bersama RAM 12GB RAM dan storan 256GB.

    Selain itu, berat bahagian hadapan sekitar 304g manakala kusyen kepala belakang seberat 276g, menjadikan jumlah berat 580g. PICO turut memperkenalkan pengawal tanpa cincin baharu yang lebih ringan dan mudah digenggam sambil mengekalkan motor linear jalur lebar untuk pengguna menikmati maklum balas haptik.

    Kepada yang berminat, anda boleh membelinya di kedai rasmi PICO XR di Shopee dan Lazada dengan baucar diskaun istimewa sehingga RM268. Dari 4 – 22 September, set kepala boleh dibeli dengan harga RM2,579 (Shopee) atau RM2,699 (Lazada). Tambahan, dari 9-11 September, pelanggan boleh membeli set kepala pada harga RM2,531 melalui baucar diskaun.

    PICO Motion Tracker percuma (bernilai RM399) dan permainan VR Sport All-in-One juga akan diberikan semasa tempoh promosi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured