More

    Tecno sahkan penyertaan di IFA 2024, pelbagai peranti baharu bakal diperkenal

    IFA atau Industriale Funkausstellung Berlin akan berlangsung antara 6-10 September dan hari ini, Tecno mengumumkan penyertaannya di pameran itu. Dalam pengumumannya, Tecno akan mempamerkan strategi AI baharu dan penawaran AIoT.

    Kebanyakan produk yang akan dipamerkan telah pun dilancarkan pada MWC 2024 di Barcelona seperti konsol pegang tangan Pocket Go dengan Windows dan anjing robot Dynamic 1. Pengurus Besar Tecno, Jack Guo berkata membangunkan ekosistem yang dikuasakan AI telah menjadi bahagian penting dalam strategi syarikat.

    Tambahnya, Tecno mahu versi HiOS digunakan pada masa hadapan dengan keupayaan AI tetapi masih belum menentukan peranti pertama mana yang akan membawa ciri baharu itu. Phantom V Fold2 dan Phantom V Flip2 akan tidak akan diperkenalkan di IFA kerana kedua-dua peranti bakal dilancarkan berasingan pada bulan September.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa peranti yang perlu diberi perhatian seperti Megabook K16S, Megabook S1 13″, Megabook T1 14″, Megabook T16 Pro 2024 Ultra, fon telinga True Air 1 dan banyak lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: IFA

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...