More

    Anda kini boleh meninggalkan komen di ‘Story’ Instagram

    Sebelum ini, Instagram memperkenalkan ciri Story di mana anda boleh berkongsi foto dan video yang hilang selepas 24 jam. Sejak pengenalannya, sebarang mesej yang ditinggalkan pada Story akan dihantar sebagai DM (Direct Messenger) ke akaun Instagram.

    Ini berubah apabila Instagram mula memperkenalkan ciri komen pada Story. Untuk pengetahuan, rakan anda kini boleh meninggalkan komen pada setiap Story yang dikongsikan di Instagram. Ini pada masa yang sama akan mengelakkan kotak mesej anda penuh dengan komen.

    Pengguna akan mempunyai pilihan untuk menghidupkan atau menyahaktifkan komen untuk mana-mana Story yang mereka kongsi. Tidak jelas sama ada komen akan diarkibkan selepas siaran Story atau tidak. Ciri baharu ini sedang dilancarkan secara berperingkat dan dijangka akan ditawarkan secara meluas tidak lama lagi.

    Buat masa ini, kami masih belum mengesahkan sebarang butiran lain dan perlu menunggu pengumuman rasmi daripada Meta. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Threads IG

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured