More

    Redmi 14C tersedia di Malaysia bermula 13 September ini dengan harga RM449

    Hari ini, Xiaomi Malaysia mengumumkan bahawa Redmi 14C akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Ia hadir dalam warna Midnight Black, Dreamy Purple, Sage Green dan Starry Blue. Secara khusus, terdapat dua varian Redmi 14C iaitu varian 6/128GB dan 8/256GB yang masing-masing berharga RM449 dan RM599

    Redmi 14C dilengkapi dengan paparan LCD 6.88 inci dengan resolusi 720p, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Ia dilengkapi MediaTek Helio H81 Ultra dipasangkan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman 256GB serta slot kad mikroSD untuk pengembangan storan.

    Pada bahagian pengimejan, 14C dilengkapi dengan kamera utama 50MP, kanta tambahan sekunder dan kamera swafoto 13MP yang dipertingkatkan. Menjana kuasa telefon pintar peringkat permulaan ialah bateri 5,160mAh yang menyokong pengecasan 18W.

    Selain itu, ia beroperasi menggunakan HyperOS berdasarkan Android dan menyokong 4G, Bluetooth 5.4, NFC serta bicu audio 3.5mm. Kepada yang berminat dengan Redmi 14C, anda boleh membelinya melalui semua kedai sah Xiaomi di Malaysia dan dalam talian di mi.com, kedai rasmi Xiaomi di Shopee serta Lazada bermula 13 September 2024.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi 14C dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...