More

    Acer Nitro Blaze 7 dilancar, “gaming handheld” pertama dari Acer dengan Ryzen 7, skrin 7″

    Acer kini mengumumkan kemasukanya dalam pasaran peranti permainan bimbit (gaming handheld) dengan melancarkan Acer Nitro Blaze 7. Peranti ini mempunyai pemproses AMD Ryzen 7 8840HS dengan prestasi 39 AI TOPS untuk menjana prestasi gaming yang tinggi di mana-mana sahaja anda berada.

    Peranti ini mempunyai skrin IPS berukuran 7 inci dengan resolusi Full HD (1920×1080) dan menyokong input sentuhan. Untuk storan dalaman, ia mempunyai SSD M.2 NVME PCIe sehingga 2TB manakala RAM pula ditawarkan dengan LPDDR5x 7,500 MT/s sehingga 16GB.

    Ia menggunakan sistem operasi Windows 11 serta dilengkapi Acer Game Space yang memudahkan akses kepada game kegemaran dengan lebih cepat. Pemilik juga akan menerima PC Game Pass selama tiga bulan untuk akses kepada ratusan permainan PC berkualiti tinggi.

    Untuk mengawal game, pengguna boleh berinteraksi dengan skrin sentuh, kayu bedik (joystick) Nitro Blaze dan butang berarah (directional buttons).

    Peranti ini menyokong hubungan internet melalui Wi-Fi 6E. Untuk port I/O, ia mempunyai USB4 (Jenis C) untuk pengencasan pantas dan pengimbas kad MicroSD untuk membesarkan storan.

    Buat masa ini, Acer Nitro Blaze 7 masih tidak mempunyai tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured