More

    Ini jawapan Intel terhadap isu pemberhentian 2,000 pekerja, pembinaan di Pulau Pinang

    Intel Corp dilapor menghentikan sebahagian projek pembungkusan dan ujian cip baharunya di Pulau Pinang yang merupakan sebahagian daripada pelaburan USD 7 bilion atau ~RM30.36 bilion yang diumumkan pada 2021.

    Menurut sumber, ia adalah disebabkan isu aliran tunai yang menyebabkan Intel menggantung pembayaran dividen dan memulakan pemberhentian pekerja di seluruh operasinya di seluruh dunia. Laporan itu menambah bahawa pemberhentian sementara mungkin akan menjejaskan kilang baharu Intel dan bukan operasi sedia ada.

    Seterusnya, laporan itu mendakwa Intel akan mengurangkan bilangan pekerjanya di Pulau Pinang sebanyak kira-kira 15% iaitu sekitar 2,000 pekerja. Bagaimanapun, jurucakap Intel tidak mengesahkan atau menafikan laporan itu apabila ditanya oleh wartawan dan tidak mengumumkan sebarang perubahan pada rancangan.

    Selain itu, ia berkata Malaysia akan kekal sebagai pasaran penting kerana Intel membina sejarahnya yang panjang dan membanggakan di sini. Nantikan pengumuman lanjut daripada Intel Malaysia mengenai isu ini. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star|The Edge Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured