More

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga 40% sempena jualan 9.9.2024!

    Samsung Malaysia akan menganjurkan promosi khas selama satu hari sahaja sempena kempen beli-belah 9 September 2024 (esok). Dalam promosi ini, anda boleh dapatkan diskaun sehingga 40 peratus untuk pelbagai kategori produk seperti peranti mudah alih, televisyen, sistem audio, monitor dan kelengkapan rumah.

    Pada hari tersebut, anda boleh dapatkan warna ekslusif untuk telefon pintar Samsung Galaxy dan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch. Selain itu, anda boleh dapatkan potongan harga sehingga 29 peratus untuk kategori televisyen dan sistem audionya.

    Sementara itu, anda boleh nikmati potongan harga sehingga 40 peratus untuk kelengkapan rumah seperti mesin basuh dan robot pencuci lantai. Untuk monitor seperti Odyssey OLED G8 dan Odyssey Ark, anda boleh nikmati diskaun sehingga 36 peratus.

    Promosi akan ditawarkan dalam Lazada, Shopee dan TikTok sahaja. Dengan setiap pembelian, anda boleh dapatkan penghantaran percuma dan bayaran ansuran kad kredit sehingga 36 bulan dengan kadar faedah 0%.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured