More

    Anda dijemput sertai pertandingan Infinix Mobile Vlog Awards 2024, hadiah bernilai RM43,000 untuk dimenangi

    Infinix Malaysia ingin mengajak semua pencipta kandungan dalam platform media sosial TikTok untuk menyertai pertandingan Mobile Vlog Awards (MVA) 2024, di mana anda boleh merakam vlog dalam format video menegak dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM43,000.

    Pertandingan ini juga diadakan sempena pelancaran Infinix ZERO 40 5G baru-baru ini yang dilengkapi pelbagai fungsi untuk memudahkan penghasilan vlog, seperti kebolehan untuk merakam video 4K60p pada kamera belakang dan hadapan, penstabilan ProStable, kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP, fungsi khas dengan kamera GoPro serta penyuntingan AI Vlog.

    Untuk menyertai pertandingan ini, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:

    1. Ikuti Infinix Malaysia dalam TikTok.
    2. Cari hashtag #InfinixMVA dan klik “Join this hashtag” untuk mula merakam vlog, atau cari filter “YourStoryYourStyle” yang dicipta khas untuk pertandingan ini dan mula rakam vlog.
    3. Muat naik vlog tersebut dengan hashtag #InfinixMVA #YourStoryYourStyle #InfinixMY . Pastikan vlog itu boleh ditonton oleh orang umum.

    Pemenang utama akan menerima TikTok Boost bernilai sehingga RM43,000. Selain itu, terdapat juga lima anugerah lain seperti Anugerah Kreatif Terbaik, Anugerah Penceritaan Terbaik, Anugerah Suntingan Filem Terbaik, Anugerah Paling Popular dan Anugerah Kegemaran Juri. Setiap pemenang anugerah akan menerima telefon Infinix ZERO, sebuah Creator Toolkit dan gelaran Infinix Vlog Ambassador.

    Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 30 November 2024 dan akan diadili oleh juri dari seluruh dunia. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured