More

    HUAWEI MateBook D 14 2024 dilancar di Malaysia: 13th Gen Intel i5, skrin 14″ berharga RM3,299

    HUAWEI Malaysia hari ini melancarkan komputer riba HUAWEI MateBook D 14 2024 yang dilengkapi pemproses 13th Gen Intel® Core™ i5 dan dijual pada harga RM3,299. Jika anda berminat dengan komputer ini, baca lebih lanjut untuk mengetahui maklumat spesifikasi dan kaedah pembeliannya.

    Komputer ini dilengkapi skrin Eye Comfort HUAWEI FullView Display 14 inci dengan resolusi 1920×1200 dan nisbah aspek 16:10. Ia turut mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light Certification dan DC Dimming Flicker-Free bagi menghasilkan pengalaman tontonan yang selesa pada mata pengguna.

    Sewaktu membuat panggilan video, komputer ini mempunyai fungsi pembatalan hingar (noise cancelling) dan peningkatan suara (voice enhancing) bagi menghasilkan kualiti panggilan yang lebih jelas.

    Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada pemproses Intel® Core™ i5-13420H bagi menghasilkan prestasi yang pantas untuk kegunaan harian dan multi-tugas. Ia turut menyokong fungsi Super Turbo dan kuasa rekaan haba (thermal design power, TDP) 30W buat mereka yang inginkan prestasi lebih tinggi.

    Untuk memori, ia mempunyai RAM LPDDR4X sebanyak 16GB dan storan dalaman SSD NVMe PCIe sebanyak 512GB.

    Ia turut dilengkapi HUAWEI Metaline Antenna yang boleh dihubungkan kepada Wi-Fi sejauh 270 meter. Jika anda mempunyai peranti HUAWEI lain seperti telefon pintar Pura atau tablet MatePad, anda boleh gunakan fungsi Super Device untuk menyepadukannya dengan peranti-peranti tersebut dan memindahkan fail di antaranya dengan lebih mudah.

    Dengan ketebalan 15.9mm dan berat 1.39kg sahaja, komputer ini mudah dimasukkan ke dalam beg dan dibawa ke mana-mana.

    HUAWEI MateBook D 14 2024 kini boleh dibeli daripada laman web HUAWEI Malaysia, Shopee atau Lazada. Pembeli awal berpeluang menerima pelbagai hadiah percuma bernilai RM846, seperti HUAWEI Backpack, Microsoft 365, HUAWEI Bluetooth Mouse dan waranti lanjutan selama setahun. Hadiah ini terhad kepada keberadaan stok.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...