More

    Apple AirPods 4 rasmi dengan cip G2, USB-C dan Siri Interactions bermula RM599

    Selain pelancaran siri iPhone 16, Watch Series 10 dan Watch Ultra 2, Apple juga mengumumkan AirPods 4. Kali ini, Apple telah mengeluarkan dua model AirPods 4 iaitu model standard dan dengan pembatalan hingar aktif (ANC). AirPods 4 mengekalkan reka bentuk yang sama seperti model terdahulu termasuk batang separa dalam telinga dan hujung telinga silikon.

    Fon telinga terbaharu ini menawarkan penarafan kalis air IPX4 dan pengguna masih boleh melakukan pelbagai fungsi dengan menyentuh pada batang fon telinga. Ia mempunyai fungsi “Siri Interactions” di mana pengguna boleh mengangguk untuk menjawab panggilan atau menggeleng untuk menolak panggilan masuk.

    Daripada segi audio, AirPods 4 menampilkan Audio Spatial Peribadi dengan pengesanan kepala. Sebelum ini, ciri ANC hanya tersedia untuk produk audio premium. Namun berbeza kali ini, Apple membawakan ciri ANC pada model yang lebih rendah. AirPods 4 disertakan dengan mod Perbualan yang mengurangkan kelantangan apabila anda bercakap.

    Versi ANC juga memuatkan mod ketelusan dan audio adaptif. Kedua-dua model AirPods 4 dilengkapi dengan set cip H2 dan hayat bateri sehingga 30 jam dengan bekas pengecasan yang menyokong pengecasan wayarles. Apple juga telah melengkapkan peralihan kepada port USB-C merentas semua perantinya.

    AirPods generasi ke-4 akan dijual di Malaysia pada harga RM599 untuk varian standard manakala varian ANC akan berharga RM829. Walau bagaimanapun, ketersediaan di Malaysia masih tidak diketahui. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured