More

    GoPro HERO13 Black dan HERO dilancar di Malaysia, kamera aksi bermula RM999

    GoPro Malaysia hari ini melancarkan dua buah kamera aksi baharu yang tahan lasak iaitu model utama GoPro HERO13 Black berharga RM1,999 dan model kecil GoPro HERO berharga RM999.

    GoPro HERO13 Black

    Sebagai model utama, GoPro HERO13 Black mempunyai pelbagai fungsi khas untuk rakaman aksi seperti resolusi 5.3K 60fps, penstabilan HyperSmooth, rakaman gerak perlahan sehingga 900fps, bateri Enduro dengan kapasiti lebih besar sebanyak 10% dan rakaman HLG HDR 10-bit untuk suntingan profesional.

    Kamera ini juga mempunyai sistem pemautan (mounting) magnetik baharu dengan pelekap (mounting fingers), lubang skru 1/4-20 dan sendi bebola (Ball Joint Mount) bagi memudahkan pautan dengan pelbagai aksesori GoPro. Anda juga boleh cabut dan pasang sebarang aksesori dengan lebih pantas.

    Untuk pemindahan video dan gambar secara wayarles, ia menyokong teknologi WiFi 6 untuk kelajuan yang lebih tinggi sebanyak 40%. Selain itu, GoPro mengembalikan fungsi penjejakan GPS+ Performance Stickers yang membenarkan anda untuk memaparkan kelajuan, laluan, kedudukan, altitud dan daya-G dalam video.

    Selain itu, GoPro menawarkan pelbagai aksesori lensa untuk HERO13 Black seperti Ultra Wide Lens Mod (RM579) untuk medan penglihatan yang luas, Macro Lens Mod (RM759) untuk lebih fokus pada objek dekat, Anamorphic Lens Mod untuk rakaman yang sinematik dan ND Filter 4-Pack (RM409) untuk penapis neutral dalam situasi yang sangat terang.

    Jika anda berminat untuk memiliki HERO13 Black dengan semua aksesori lensa di atas, anda boleh dapatkan pakej Creator Kit yang berharga RM3,199.

    GoPro HERO

    Sementara itu, GoPro HERO pula menampilkan rekaan yang lebih kecil dan ringan untuk pengguna yang inginkan fungsi asas sahaja. Ia mempunyai berat 86 gram iaitu lebih ringan sebanyak 46% berbanding HERO13 Black.

    Kamera kecil ini boleh ditenggelamkan sehingga paras kedalaman 16 kaki (5 meter). Daripada segi skrin, ia hanya mempunyai satu sahaja skrin sentuh di bahagian belakang, manakala di hadapan pula tidak mempunyai sebarang skrin jadi ia mungkin sukar sedikit untuk kegunaan vlogging.

    "
    "

    Ia boleh merakam video dalam resolusi 4K atau 1080p, atau gerak perlahan sehingga 2.7K 60fps. Setiap rakaman menyokong fungsi penstabilan HyperSmooth. Untuk fotografi, anda boleh ambil gambar dalam resolusi 12MP.

    Bateri Enduro dalam kamera kecil ini boleh merakam video berterusan sehingga 100 minit pada tetapan yang paling tinggi.

    Layari laman GoPro Malaysia dalam Shopee untuk maklumat lanjut mengenai pembelian GoPro HERO13 Black dan GoPro HERO. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kamera ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured