More

    Samsung pamerkan perkakasan rumah pintar dengan sokongan AI, cekap tenaga di IFA 2024

    Semasa acara IFA 2024, Samsung mempamerkan barisan perkakasan rumah pintar cekap tenaga terbaharunya. Rangkaian produk baharu termasuk BESPOKE AI Washer dengan kecekapan tenaga tambahan A-55%, Bespoke AI Laundry Combo yang mencapai penarafan A untuk kitaran lengkap dan Bespoke Dishwasher A-10.

    BESPOKE AI Washer menjimatkan tenaga elektrik sehingga 55% untuk penarafan Kelas A. Teras kepada teknologi canggih ini ialah Bubble Shot yang menarik air sabun melalui pam edaran dan menyemburkannya ke atas pakaian di dalam dram. Ia digabungkan dengan Ecobubbleâ„¢ dan algoritma untuk meningkatkan kecekapan tenaga tambahan.

    Selain itu, skrin sentuh LCD 7 inci berfungsi sebagai pusat kawalan intuitif ketika mencuci. Pengguna boleh memilih kitaran cucian mereka dengan cepat dan menerima cadangan pencucian peribadi berdasarkan tabiat dan keperluan berkala.

    Samsung juga mempamerkan Bespoke AI Laundry Combo yang menggabungkan mesin basuh dan pengering dalam satu mesin dengan kecekapan A-20% untuk mencuci iaitu tahap tertinggi dalam barisan kombo Samsung di Eropah . Sementara itu, di bawah ialah tiga lagi ciri perkakas cekap tenaga yang dipaparkan oleh Samsung di IFA 2024:

    • Mesin Cuci Pinggan Bespoke – Menjimatkan tenaga sehingga 10% daripada keperluan untuk penarafan tenaga A.
    • WaterJet Clean – Boleh menjana laluan aliran untuk menjadikan produk sangat cekap kuasa dan menggunakan hanya 7.9 liter air (tahap yang sangat rendah berbanding model konvensional)
    • Active Fan Dry – Sebahagian daripada produk WaterJet Clean, ia meningkatkan peredaran udara dalaman, membawa kepada penggunaan tenaga yang kurang.

    BESPOKE AI Washer kini boleh didapati di beberapa negara Eropah dan Bespoke AI Laundry Combo akan dilancarkan di negara Eropah terpilih pada suku keempat tahun ini. Nantikan pengumuman rasmi daripada Samsung Malaysia jika ia akan tersedia dalam pasaran tempatan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawati laman rasmi peralatan rumah Samsung di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured