More

    PlayStation 5 Pro dilancar: Tawarkan prestasi grafik lebih tinggi, SSD 2TB bermula ~RM3,040

    Sony telah memperkenalkan varian baharu untuk konsol gaming popularnya iaitu Sony PlayStation 5 Pro yang menawarkan penambahbaikan untuk prestasi grafik dalam permainan video.

    Dalam video pelancarannya, Sony mengatakan PS5 Pro dilengkapi GPU baharu dengan jumlah Compute Units lebih banyak sebanyak 67% serta memori yang lebih pantas sebanyak 28%, bagi membenarkan PS5 Pro menjana grafik dengan lebih pantas sebanyak 45% berbanding PS5 standard.

    Satu lagi penambahbaikan adalah daripada segi ray tracing yang lebih berkuasa sebanyak dua atau tiga kali berbanding PS5 standard untuk menghasilkan grafik yang lebih realistik.

    Tiga penambahbaikan utama dalam PS5 Pro

    Ia juga menawarkan peningkatan resolusi berdasarkan AI dengan PlayStation Spectral Super Resolution (PSSR), supaya ia boleh meningkatkan butiran dalam game untuk resolusi yang lebih tinggi.

    Selain itu, ia menyokong kadar segar semula boleh ubah (variable refresh rate, VRR), resolusi 8K, hubungan Wi-Fi 7 dan storan SSD sehingga 2TB. Dengan fungsi Enhanced Image Quality for PS4, Ia juga boleh memainkan game PlayStation 4 dengan prestasi grafik yang lebih stabil.

    Perlu diingati bahawa PS5 Pro tidak mempunyai ruang cakera dan tidak didatangkan dengan tongkat penegak jika anda ingin mendirikannya.

    PlayStation 5 Pro akan dijual pada harga USD699.99 (~RM3,040) untuk pasaran Amerika Syarikat, manakala harga untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui.

    Harga PS5 Pro untuk pasaran luar

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan konsol ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured