More

    Kompilasi pelancaran telefon pintar di Malaysia pada Ogos 2024: Google Pixel pertama untuk Malaysia dan banyak lagi

    Sepanjang bulan Ogos 2024, beberapa telefon pintar telah pun dilancar untuk pasaran tempatan namun pelancaran yang paling menarik perhatian pastinya adalah siri Google Pixel 9 yang merupakan siri telefon Pixel pertama yang dilancar untuk pasaran Malaysia. Selepas lapan generasi, akhirnya Google Malaysia menjual siri telefon popular itu secara rasmi untuk dan memperkenalkan lebih banyak pelanggan tempatan kepada keunikan siri Pixel.

    Selain itu, kita menyaksikan beberapa pelancaran telefon daripada Infinix, vivo, realme, REDMAGIC dan banyak lagi. Lebih menarik, Sony Malaysia juga memperkenalkan telefon Xperia yang pertama untuk tahun ini. Ayuh kita lihat ringkasan telefon yang dilancar pada bulan lalu:

    Sony Xperia 10 VI

    • Tarikh pelancaran: 1 Ogos 2024
    • Harga bermula: RM2,199
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    Infinix NOTE 40X 5G

    • Tarikh pelancaran: 1 Ogos 2024
    • Harga bermula: RM849
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    realme C61

    • Tarikh pelancaran: 3 Ogos 2024
    • Harga bermula: RM499
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    REDMAGIC 9S Pro

    • Tarikh pelancaran: 10 Ogos 2024
    • Harga bermula: RM3,499
    • Kategori: Andalan (flagship) dengan fokus untuk gaming
    • Artikel pelancaran

    Siri Google Pixel 9

    • Tarikh pelancaran: 14 Ogos 2024
    • Harga bermula: RM3,999 (Pixel 9), RM5,199 (Pixel 9 Pro), RM5,699 (Pixel 9 Pro XL)
    • Kategori: Andalan
    • Artikel pelancaran: Pixel 9, Pixel 9 Pro

    ZTE Blade A55

    • Tarikh pelancaran: 17 Ogos 2024
    • Harga bermula: RM369
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    vivo Y03t

    • Tarikh pelancaran: 21 Ogos 2024
    • Harga bermula: RM399
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Siri vivo V40

    • Tarikh pelancaran: 22 Ogos 2024
    • Harga bermula: RM1,999 (vivo V40), RM3,499 (vivo V40 Pro)
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    OnePlus Nord 4

    • Tarikh pelancaran: 25 Ogos 2024
    • Harga bermula: RM2,599
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    HMD Pulse

    • Tarikh pelancaran: 28 Ogos 2024
    • Harga bermula: RM739
    • Kategori: Mampu milik, dengan fokus pada kemudahan untuk membaiki
    • Artikel pelancaran

    Infinix ZERO 40 5G

    • Tarikh pelancaran: 29 Ogos 2024
    • Harga bermula: RM1,699
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    Telefon manakah yang menarik minat anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured