More

    Rakyat Malaysia perlukan ETA untuk melancong, transit di UK

    Rakyat Malaysia yang ingin melancong atau transit di United Kingdom perlu memiliki Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA) mulai 8 Januari 2025. Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur mengumumkan bahawa ETA akan diwajibkan untuk semua pelawat asing termasuk kanak-kanak yang pada masa ini tidak memerlukan visa untuk penginapan singkat.

    ETA bukanlah visa UK tetapi kebenaran digital untuk pergi ke United Kingdom dan merangkumi rakyat Malaysia yang belum mempunyai status imigresen UK. Rakyat Malaysia yang akan tinggal di United Kingdom selama lebih enam bulan sama ada untuk belajar atau bekerja, masih perlu memohon visa yang berkaitan.

    Namun, individu yang mempunyai visa UK yang sah tidak memerlukan ETA. Setiap ETA akan menelan kos £10 (RM56.64) dan membenarkan beberapa perjalanan ke United Kingdom untuk penginapan sehingga enam bulan pada satu masa dalam tempoh dua tahun atau sehingga pasport pemegangnya tamat tempoh.

    Rakyat Malaysia boleh mula memohon lebih awal mulai 27 November 2024 atau melalui aplikasi ETA UK. Selain itu, anda juga boleh memohon melalui laman rasmi kerajaan UK di sini. Permohonan ETA akan diuruskan oleh jabatan Visa dan Imigresen UK. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook UK in Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured