More

    Samsung Galaxy M05 dilancar: Kamera utama 50MP, Helio G85, bateri 5,000mAh bermula ~RM410

    Samsung telah melancarkan telefon pintar mampu milik yang terbaru untuk pasaran India iaitu Samsung Galaxy M05. Ia menampilkan pelbagai spesifikasi menarik untuk harga yang sangat rendah, sepert bateri besar dan cipset yang sesuai untuk kegunaan harian.

    Skrinnya menggunakan panel IPS LCD 6.7 inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 60Hz, dengan sebuah kamera swafoto 8MP di bahagian atas yang diletakkan dalam takuk berbentuk titisan air.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Helio G85, RAM 4GB, storan dalaman 64GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD serta bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W melalui port USB-C.

    Kamera di belakang pula terdiri daripada kamera utama 50MP dan sensor kedalaman 2MP. Sistem operasinya menggunakan Android 14 dengan antara muka One UI Core 6.0, dan Samsung mengatakan ia akan menerima kemas kini keselamatan selama empat tahun dan kemas kini Android utama selama dua tahun.

    Samsung Galaxy M05 akan dijual di India dengan harga INR7,999 (~RM410) dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung India

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured