More

    realme Pad 2 Lite dilancar: Skrin 90Hz, bateri 8,300mAh, cip Helio G99 bermula ~RM770

    realme telah melancarkan tabletnya yang terbaru iaitu realme Pad 2 Lite untuk pasaran India. Tablet ini merupakan sebuah peranti dalam kategori mampu milik dengan spesifikasi kelas pertengahan.

    Ia dilengkapi skrin LCD berukuran 10.5 inci dengan resolusi 2K, kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 450 nits. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Helio G99, RAM sebanyak 4GB atau 8GB, storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD, bateri 8,300mAh dan pengecasan pantas SUPERVOOC 15W.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP. Sistem operasinya menggunakan Android 14 dengan antara muka realme UI 5.0.

    Untuk rekaan luaran, ia ditawarkan dalam pilihan warna ungu Nebula Purple dan kelabu Space Grey. Ia turut mempunyai empat pembesar suara dan pengimbas cap jari di bahagian sisi.

    realme Pad 2 Lite akan dijual di India pada harga bermula INR14,999 (~RM770) untuk varian 4GB+128GB dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya untuk pasaran Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme India

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured