More

    Spesifikasi ROG Phone 9 tertiris, mungkin dilengkapi Snapdragon 8 Gen 4

    Siri telefon pintar gaming ASUS ROG Phone 8 telah dilancar pada awal tahun ini dan malangnya, ia gagal menarik minat seperti model-model ROG Phone sebelumnya. Rekaanya telah meninggalkan estetika “gamer” yang telah menjadi keunikan ROG Phone sejak sekian lama, manakala fungsi-fungsinya pula serupa dengan kebanyakan telefon lain. Sungguh pun begitu, kini spesifikasi untuk penyambungnya, ROG Phone 9, telah pun tertiris.

    Dalam platform media sosial Weibo, sebuah tangkapan skrin (screenshot) yang menunjukkan pengiktirafan oleh China Quality Certification Centre untuk sebuah peranti baharu ASUS telah tertiris. Untuk maklumat anda, organisasi tersebut merupakan badan pengiktirafan rasmi untuk peranti elektronik di China, serupa dengan SIRIM di Malaysia.

    Akaun Weibo yang berkongsi tangkapan skrin itu berkata ia merupakan pengiktirafan untuk ROG Phone 9 dan setakat ini spesifikasi yang sudah disahkan termasuklah pengecasan pantas 65W dan sokongan untuk rangkaian 5G.

    Pengiktirafan untuk ROG Phone 9 oleh 3C

    Selain itu, beliau mengatakan ROG Phone 9 bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4, RAM sehingga 24GB, storan dalaman sehingga 1TB dan skrin yang diperbaharui. Walaupun dengan maklumat tentang pengiktirafan ini, besar kemungkinan ia tidak akan dilancar dalam masa terdekat.

    Memandangkan Qualcomm akan melancarkan cipset Snapdragon 8 Gen 4 dalam acara Qualcomm Snapdragon Summit yang akan berlangsung pada 24-26 Oktober 2024, secara logiknya ROG Phone 9 hanya boleh dilancar selepas tarikh tersebut.

    Pembaharuan lain yang dijangka untuk ROG Phone 9 termasuklah kadar skrin dinaikkan kepada 165Hz dan lubang punch-hole yang lebih pudar untuk kamera swafoto.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Diterjemahkan daripada TechNave]

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured