More

    TECNO Phantom V Fold2 dilancar: Skrin lipat 7.85″, Dimensity 9000+, AI Suite bermula ~RM4,680

    Selepas Samsung dan HONOR, TECNO kini menjadi jenama telefon terbaru yang melancarkan telefon lipat gaya buku dengan engsel menegak iaitu TECNO Phantom V Fold2. Seperti Phantom V Fold pertama, ia dilengkapi skrin utama berukuran 7.85 inci yang boleh dilipat dan skrin luaran berukuran 6.42 inci. Kedua-dua skrin menggunakan panel AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.

    Berbanding telefon pendahulunya, V Fold2 mempunyai ketebalan lebih nipis, dengan ukuran 6.1mm apabila dibuka dan 12mm apabila dilipat. Beratnya juga telah diturunkan daripada 300 gram kepada 249 gram sahaja.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 9000+ (4nm), RAM sehingga 12GB (dengan tambahan RAM maya 12GB), storan sehingga 512GB serta bateri 5,750mAh yang menyokong pengecasan pantas 70W dan pengecasan wayarles 15W.

    Kamera di belakang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera potret 50MP. Untuk swafoto, ia mempunyai dua kamera swafoto dalam lubang punch hole, satu berada di skrin utama dan satu lagi berada di skrin luaran. Kedua-duanya mempunyai sensor 32MP. Ia juga mempunyai teknologi Universal Tone Technology untuk mengambil gambar tona kulit dengan lebih meluas.

    Seperti kebanyakan telefon flagship yang dilancar pada tahun ini, V Fold2 mempunyai sistem pembantu Ella AI yang dikuasakan oleh Google Gemini. Ia termasuklah Smart Q&A sebagai chatbot, AI Summary untuk meringkaskan dokumen, AI Translation untuk tugas penterjemahan, AI Writing untuk sunting penulisan, AI Artboard untuk menukarkan contengan kepada lukisan cantik dan AI Wallpaper untuk jana latar belakang yang unik.

    TECNO Phantom V Fold2 akan dijual dalam pasaran Afrika bermula 23 September 2024 pada harga USD1,099 (~RM4,680) dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Memandangkan TECNO Phantom V Fold 5G dilancar untuk pasaran Malaysia pada tahun lalu, besar kemungkinan V Fold2 akan turut dilancar di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TECNO

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Nak beli telefon baharu? Harga mungkin naik lepas Qualcomm ubah harga cip

    Qualcomm dilapor telah menghantar surat makluman kepada para pelanggannya berhubung rancangan kenaikan harga cip pada kadar peratusan dua digit. Menurut laporan Bloomberg,...

    Facebook kini ada “Verified” percuma, boleh bezakan akaun AI dan manusia

    Meta secara rasmi memperkenalkan Facebook Verified iaitu lencana percuma baharu yang mengesahkan bahawa sesebuah profil itu dikendalikan oleh manusia sebenar. Langkah ini...

    iPad Mini akan datang dijangka jadi tablet kalis air pertama Apple

    Apple dilapor sedang membangunkan iPad mini generasi baharu yang dijangka menjadi tablet pertama mereka dengan sokongan penarafan kalis air. Menurut laporan daripada...

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured