More

    TECNO Phantom V Flip2 dilancar: AMOLED 6.9″, cas pantas 70W, Dimensity 8020 bermula ~RM2,980

    Selain V Fold2, TECNO melancarkan sebuah lagi telefon pintar lipat iaitu TECNO Phantom V Flip2. Ia merupakan peranti lipat gaya clamshell dengan skrin utama berukuran 6.9 inci yang menggunakan panel LTPO AMOLED boleh lipat dengan resolusi Full HD+.

    Berlainan dengan V Flip pertama yang mempunyai skrin luaran berbentuk bulat, V Flip2 mempunyai skrin luaran berbentuk petak yang memenuhi bahagian hadapan telefon dengan ukuran 3.64 inci dan resolusi 1056×1056. Skrin luaran ini menyokong penggunaan lebih 2,000 aplikasi bagi memudahkan pengguna mengakses aplikasi tersebut dalam bentuk skrin yang lebih kecil berbanding skrin utama.

    Skrin luaran ini juga boleh memaparkan “haiwan peliharaan”, kawalan muzik serta pepan kekunci penuh untuk menaip mesej atau membuat panggilan telefon.

    Daripada segi reka bentuk, ia mempunyai ketebalan 7.6mm apabila dibuka dan 16mm apabila dilipat, manakala beratnya sekitar 200 gram. Ini adalah berat dan ketebalan sama dengan V Flip pertama.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 8020 (6nm), RAM sehingga 8GB, storan dalaman sehingga 256GB serta bateri 4,720mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 70W.

    Ia mempunyai dua kamera di belakang, iaitu kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 50MP. Menariknya, kamera ultra-lebarnya mempunyai sudut penglihatan 150° yang lebih luas berbanding kebanyakan telefon lain. Untuk swafoto, ia mempunyai kamera hadapan 32MP.

    Seperti Phanom V Fold2, V Flip2 didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri AI seperti Smart Q&A sebagai chatbot, AI Summary untuk meringkaskan dokumen, AI Translation untuk tugas penterjemahan, AI Writing untuk sunting penulisan dan AI Wallpaper untuk jana latar belakang yang unik.

    TECNO Phantom V Flip2 akan dijual dalam pasaran Afrika bermula 23 September 2024 pada harga bermula USD699 (~RM2,980) dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Memandangkan TECNO Phantom V Flip dilancar untuk pasaran Malaysia pada tahun lalu, besar kemungkinan V Flip2 akan turut dilancar di sini.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TECNO

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured