More

    Google integrasikan sistem C2PA untuk mengesan kandungan AI

    Google merancang untuk melancarkan teknologi yang akan mengenal pasti sama ada foto diambil dengan kamera, diedit oleh perisian seperti Photoshop atau dihasilkan oleh model AI generatif. Dalam beberapa bulan akan datang, hasil carian Google akan menyertakan label untuk memberitahu orang ramai sama ada imej telah dibuat atau diedit dengan alatan AI.

    Sistem yang digunakan oleh Google ialah Coalition for Content Provenance and Authenticity (C2PA) iaitu salah satu kumpulan terbesar yang cuba menangani imej yang dijana AI. Pengesahan C2PA ialah standard teknikal yang merangkumi maklumat asal imej dan berfungsi merentas kedua-dua perkakasan serta perisian untuk mencipta jejak digital.

    Amazon, Microsoft, Adobe, Arm, OpenAI, Intel, Truepic dan Google telah menyokong pengesahan C2PA tetapi penerimaannya perlahan. Penyepaduan Google ke dalam hasil carian akan menjadi ujian besar pertama untuk inisiatif ini. Google telah membantu membangunkan standard teknikal C2PA terkini (versi 2.1) dan akan menggunakannya bersama teknologi C2PA yang akan datang.

    Hanya beberapa pengeluar kamera seperti Leica dan Sony menyokong standard teknikal terbuka C2PA yang menambahkan metadata tetapan kamera serta data dan lokasi tempat imej diambil ke gambar. Manakala, Nikon dan Canon sudah membuat berjanji untuk mengguna pakai standard C2PA.

    Selain itu, kami juga menunggu pengumuman rasmi daripada Apple dan Google untuk melaksanakan sokongan C2PA dalam peranti mereka. Google juga merancang untuk menyepadukan metadata C2PA ke dalam sistem iklannya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured