More

    Infinix XPAD 4G dilancar di Malaysia: Skrin 11″, Helio G99, bateri 7,000mAh berharga RM699

    Infinix hari ini melancarkan tabletnya yang pertama untuk pasaran Malaysia iaitu Infinix XPAD 4G. Tablet ini dijual dengan harga yang sangat mampu milik iaitu RM699 dan ia dilengkapi spesifikasi agak menarik untuk sebuah peranti yang dijual pada harga ratusan Ringgit.

    XPAD 4G dilengkapi skrin berukuran 11 inci dengan resolusi Full HD+ (1200×1920), kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 440 nits. Untuk audio, ia dilengkapi empat pembesar suara dengan teknologi Dolby Atmos, pengiktirafan DTS dan WIDVINE L1+.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada pemproses MediaTek Helio G99 yang dibina dengan nod proses 6nm, RAM 4GB atau 8GB, storan dalaman 256GB yang boleh dibesarkan sehingga 1TB dengan kad memori microSD serta bateri 7,000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

    Ia turut dilengkapi pembantu suara Folax AI yang bertujuan untuk memudahkan pembelajaran dan pendidikan buat para pelajar. Folax AI boleh memberikan arahan yang jelas, jawab soalan dan bantu pengemudian bagi menghasilkan proses pembelajaran yang lebih interaktif.

    Folax AI juga bertindak sebagai pembantu anda sewaktu memandu kenderaan, di mana ia boleh mengendali panggilan telefon, pencarian arah dan memberi pemberitahuan dalam masa nyata supaya anda boleh kekal fokus pada jalan raya.

    Untuk hubungan internet, ia ditawarkan dalam dua varian iaitu model WiFi dan model 4G LTE. Perlu diingati bahawa setiap varian ini hanya ditawarkan dalam satu varian memori sahaja.

    Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu emas Titan Gold, biru Frost Blue dan kelabu Stellar Grey. Berikut adalah harga untuk Infinix XPAD di Malaysia:

    • Infinix XPAD (4GB+256GB) WiFi: RM699
    • Infinix XPAD (8GB+256GB) 4G LTE: RM899

    Tablet ini akan dijual bermula 18 September 2024 dan ia boleh didapati di TikTok Shop serta pengedar-pengedar sah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured