More

    Ini adalah sampel gambar pertama yang diambil menggunakan vivo X200!

    vivo dijangka mengumumkan vivo X200 pada 14 Oktober ini di China. Menjelang pelancarannya, vivo telah mengeluarkan sampel gambar pertama untuk mempamerkan keupayaan kamera telefotonya. Selain itu, sumber turut memberikan maklumat tentang spesifikasi kamera X200.

    Terdapat dua sorotan dalam sampel gambar di bawah yang mana ia mempamerkan keupayaan X200 untuk menangkap dengan zum 10x pada waktu malam menggunakan kanta telefoto baharu. Kedua, ia juga memberikan pandangan pada mod bulan baharu. Untuk pengetahuan, bulan yang ditunjukkan dalam imej itu telah diubah suai secara artistik.

    Terdapat persediaan tiga kamera pada bahagian belakang termasuk kamera utama Sony IMX921 50MP dengan apertur f/1.57 dan saiz sensor kamera 1/1.56-inci. Ia digandingkan dengan lensa ultra lebar Samsung JN1 50MP dan kamera telefoto periskop Sony IMX882 (atau LYT-600) 50MP dengan apertur f/2.57 dan panjang fokus 70mm.

    vivo X200 didakwa menyokong algoritma peleraian super gabungan 10x yang mungkin membayangkan zum hibrid 10x. Ia akan mempunyai paparan OLED 6.78 inci, cipset Dimensity 9400, bateri 5,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W tetapi ia mungkin tidak dilengkapi dengan sokongan pengecasan wayarles.

    Ia dijangka menggunakan sistem operasi Origin OS 5 berdasarkan Android 15. Seperti yang dilaporkan, siri ini terdiri daripada tiga model termasuk vivo X200, vivo X200 Pro dan vivo X200 Ultra. Model Ultra yang menampilkan Snapdragon 8 Gen 4 mungkin akan dilancarkan tahun hadapan manakala dua model yang menampilkan D9400 dijangka dilancarkan bulan hadapan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured