More

    realme 13 Pro Series 5G dilancar di Malaysia: Dwi-kamera 50MP Sony, AMOLED 120Hz, cas pantas 80W bermula RM1,999

    realme Malaysia hari ini melancarkan telefon terbaru dalam siri telefon pintar kelas pertengahan Number Series iaitu realme 13 Pro+ 5G dan realme 13 Pro 5G. Ciri utama siri telefon ini adalah kebolehan fotografinya yang mempunyai teknologi AI untuk menghasilkan gambar yang sangat cantik.

    realme 13 Pro+ 5G mempunyai dua kamera dengan sensor Sony, iaitu kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT-701 serta kamera telefoto periskop 50MP dengan sensor Sony LYT-600 yang membenarkan zum optikal sejauh 3x. realme 13 Pro 5G pula mempunyai satu sahaja sensor kamera Sony iaitu kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT-600.

    Siri telefon ini menggunakan pemprosesan AI HYPERIMAGE+ bagi menghasilkan gambar yang lebih cantik. Ia mempunyai tiga lapisan yang terdiri daripada optik utama, algoritma pengimejan AI pada peranti dan penyuntingan AI berdasarkan awan (cloud-based).

    Antara fungsi AI yang terdapat dalam siri telefon ini termasuklah AI Ultra Clarity untuk mengambil gambar yang jelas walaupun dalam mod zum sejauh 30x dan AI Smart Removal untuk menghilangkan objek yang tidak diingini dalam gambar.

    Selain itu, rekaan siri realme 13 Pro pula direka oleh Museum of Fine Arts Boston dan menawarkan dua pilihan warna iaitu emas Monet Gold dan ungu Monet Purple.

    Spesifikasi dalaman yang menarik untuk siri telefon ini termasuklah cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2, pengecasan pantas 80W SUPERVOOC, RAM dinamik sehingga 24GB, storan dalaman sehingga 512GB dan rating kalis air IP65.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme 13 Pro Series 5G:

    realme 13 Pro+ 5G

    • Skrin OLED 6.7 inci, resolusi 2412×1080, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 2,000 nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2 4nm
    • RAM 12GB
    • Storan dalaman 512GB
    • Kamera utama 50MP Sony LYT-701 OIS + kamera telefoto periskop 50MP Sony LYT-600 + kamera ultra-lebar 8MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 5,200mAh
    • Pengecasan pantas 80W
    • Pembesar suara stereo
    • Sistem operasi Android 14 dengan realme UI 5.0
    • Pilihan warna Monet Gold dan Emerald Green
    • Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6, NFC
    • Harga: RM2,299

    realme 13 Pro 5G

    • Skrin OLED 6.7 inci, resolusi 2412×1080, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 2,000 nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2 4nm
    • RAM 12GB
    • Storan dalaman 512GB
    • Kamera utama 50MP Sony LYT-600 OIS + kamera ultra-lebar 8MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 5,200mAh
    • Pengecasan pantas 45W
    • Pembesar suara stereo
    • Sistem operasi Android 14 dengan realme UI 5.0
    • Pilihan warna Monet Purple dan Emerald Green
    • Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6, NFC
    • Harga: RM1,999

    realme 13 Pro Series 5G akan mula dijual di Malaysia bermula 20 September 2024. Jika anda membelinya sebelum 18 Oktober 2024, anda layak menerima hadiah percuma bernilai RM1,137 yang terdiri daripada realme Buds T110 (untuk 13 Pro+) atau realme Buds T01 (untuk 13 Pro), jaminan lanjutan 1+1 tahun dan penggantian retak depan dan belakang 730 hari.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured