More

    Kemas kini baharu Google Chrome bawakan penyegerakan tab rentas platform secara automatik

    Google telah melancarkan satu set kemas kini untuk penyemak imbas Chrome dengan tumpuan terletak pada peningkatan kemudahan penggunaan dan memperkemas aliran kerja merentas desktop, Android dan iOS. Satu ciri utama yang menerima peningkatan ialah fungsi pengelompokan tab Chrome.

    Sebelum ini, pengguna boleh menyimpan dan menyegerakkan kumpulan tab secara manual merentas peranti. Kini, Google membenarkan anda mendayakan penyegerakan automatik tidak kira sama ada anda menggunakan PC, telefon Android atau iPhone.

    Fungsi ini berguna apabila anda kerap bertukar peranti ketika melayari internet. Hal ini adalah kerana anda boleh meneruskan carian dengan semua tab yang berkaitan walaupun bertukar peranti. Google juga sedang menguji ciri baharu yang secara bijak mencadangkan halaman web yang mungkin anda ingin lawati semula.

    Selain itu, kemas kini Chrome memenuhi keperluan pengguna Google Workspace. Terdapat ciri baharu yang menunjukkan kalendar harian pengguna apabila anda membuka tab baharu. Ia akan membolehkan pekerja menyemak jadual dengan pantas tanpa perlu melancarkan aplikasi Kalendar.

    Secara keseluruhannya, kemas kini baharu ini meningkatkan pengalaman pengguna secara menyeluruh. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured