More

    Siri HUAWEI WATCH GT 5, MatePad Pro 12.2 dan Watch Ultimate Green bakal tiba di Malaysia

    HUAWEI telah memperkenalkan barisan produk terbaharunya pada acara Pelancaran Produk HUAWEI di Barcelona, ​​Sepanyol. Pelancaran dengan moto ‘Fashion Forward’ memperkenalkan siri HUAWEI WATCH GT 5, HUAWEI MatePad Pro 12.2 dan HUAWEI WATCH Ultimate Green Edition.

    Kini, HUAWEI mengumumkan bahawa produk yang disebutkan di atas bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 26 September 2024. Pelancaran ini bukan sahaja mempamerkan teknologi terkini HUAWEI, tetapi juga hadir dengan diskaun eksklusif mulai sekarang hingga 25 September 2024:

    Siri HUAWEI WATCH GT 5:

    Kepada yang berminat, anda boleh meletakkan deposit sebanyak RM60 melalui laman rasmi HUAWEI dan nikmati rebat RM60 atau menebus kupon early bird RM60 di kedai rasmi HUAWEI di Shopee serta Lazada . Siri produk ini turut disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM528.

    HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci:

    Kepada yang berminat, anda boleh meletakkan deposit RM100 di laman rasmi HUAWEI dan menerima rebat RM300 atau menebus kupon early bird sebanyak RM300 di Shopee serta Lazada . Ia juga didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,847 di semua platform.

    HUAWEI WATCH Ultimate Green:

    Pembeli boleh boleh menebus kupon early bird RM150 di laman rasmi HUAWEI dan kedai rasmi HUAWEI di Shopee atau Lazada . Nikmati hadiah percuma sehingga RM1,258 dengan pembelian HUAWEI WATCH Ultimate Green.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana pilihan peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...