More

    Harga PlayStation 5 Pro di Malaysia diumum, lebih mahal sebanyak RM400 berbanding Singapura

    Selepas PlayStation 5 Pro diperkenalkan buat kali pertama pada awal bulan ini, kini Sony Malaysia mengumumkan bahawa PlayStation 5 Pro akan dijual di sini secara rasmi bermula 7 November 2024 pada tanda harga RM3,849.

    Pra-tempahan pula akan dibuka pada 26 September 2024. Mereka yang berminat boleh membuat pra-tempahan di kedai-kedai Sony, All IT Hypermarket, Impulse Gaming, M4G, Tiny Robot, Urban Republic, TMT Thundermatch, Gamers’ Hideout dan banyak lagi. Anda boleh semak di laman web Sony untuk senarai kedai-kedai yang menerima pra-tempahan.

    Sementara itu, PS5 Pro akan mula dijual di Singapura pada tarikh yang sama dengan harga SGD1,069. Jika ditukar nilai kepada Ringgit Malaysia, ia bersamaan dengan RM3,450 yang menunjukkan perbezaan lebih rendah sekitar RM400 berbanding harga di Malaysia. Jadi, jika anda tinggal di Johor dan ingin mendapatkan PS5 Pro dengan harga lebih murah, mungkin anda boleh dapatkannya dari Singapura.

    PS5 Pro menawarkan beberapa penambahbaikan prestasi berbanding PS5 standard, seperti prestasi grafik lebih pantas sebanyak 45%, ray tracing yang lebih berkuasa dan peningkatan resolusi (upscaling) berdasarkan AI.

    Adakah anda akan membeli PS5 Pro? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: PlayStation

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured