More

    LG PuriCare™️ AeroFurniture rasmi di Malaysia dengan reka bentuk meja, tahap bunyi 21d dan pengecasan wayarles

    LG Electronics Malaysia telah melancarkan sebuah lagi produk baharu dengan ciri minimalisme iaitu LG PuriCare™️ AeroFurniture. Produk ini menggabungkan meja sisi yang tersedia dengan fungsi pengecasan wayarles dan penulen udara 360 darjah.

    LG PuriCare™️ AeroFurniture tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Graphite, Clay Brown, dan Essence White. Selain reka bentuk yang menarik, ia memastikan persekitaran kediaman kekal sihat dengan sistem penapisan HEPA 360 darjah untuk menghapuskan hingga 99.999% bakteria bawaan udara dan zarah debu ultra-halus sekecil 0.01/aı.

    Selain itu, produk ini juga dilengkapi teknologi UVnanoTM yang dapat mengurangkan bakteria pada bilah kipas dan menampilkan pencahayaan mood yang boleh diubahsuaikan dengan lapan pilihan warna serta kecerahan boleh laras. Menariknya, anda boleh mengawal pencahayaan dan fungsi penulen udara melalui aplikasi LG ThinQ.

    LG PuriCareTM AeroFurniture juga beroperasi dengan bunyi yang sangat rendah iaitu hanya 21dB. Untuk maklumat lanjut mengenai LG AeroFurniture, sila layari laman rasmi LG di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...