Baru-baru ini, ASUS Malaysia mengumumkan ketersediaan Zenbook S 14 (UX5406) secara rasmi dalam pasaran tempatan. Ia merupakan komputer riba dengan Copilot+ berkuasa Intel pertama di Malaysia serta PC AI ASUS 14 inci yang paling nipis dan mudah alih.
Zenbook S 14 menggunakan bahan Ceraluminum dan teknologi CNC untuk mencipta badan ultra nipis dengan ketebalan hanya 1.1cm. Ia dilengkapi dengan pemproses Intel Core Ultra 7 (Siri 2) dipacu AI terkini dan menggabungkan fungsi Copilot pada pad sentuh dengan nisbah 16:10. Pad sentuhnya hadir dengan gerak isyarat pintar untuk meningkatkan lagi pengalaman pengendalian.

Selain itu, model ini dilengkapi dengan paparan ASUS Lumina OLED 14 inci beresolusi 3K 120Hz dan empat pembesar suara. Zenbook S 14 juga menampilkan sistem penyejukan dengan bunyi di bawah 25dB. Ia juga menyediakan pelbagai jaminan keselamatan seperti cip keselamatan Microsoft Pluton, log masuk pengecaman muka dan kunci Windows.
Dengan RAM 32GB dan SSD PCIe 4.0 1TB, pemproses ini menampilkan TDP sehingga 28 watt dan NPU terbina dalam yang menyampaikan sehingga 47 NPU TOPS untuk aplikasi AI moden memastikan bateri berkapasiti 72Wh tahan sepanjang hari. Untuk sambungan, ia mempunyai dua Thunderbolt 4, USB 3.2 Gen 2 Type-A, HDMI 2.1, bicu kombo audio dan WiFi 7.

ASUS Zenbook S 14 (UX5406) kini boleh didapati di semua peruncit sah ASUS di Malaysia dengan harga RM6,999. Tempahan sebelum 30 September di ASUS MY eStore juga menawarkan bundle untuk masa terhad dengan Sony Wireless Neckband Speaker, tetikus ASUS Marshmallow dan jaminan lanjutan 1 tahun secara percuma dengan nilai keseluruhan sehingga RM947.
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh melawat laman rasmi ASUS MY eStore. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







