More

    HUAWEI MatePad Pro 12.2 rasmi di Malaysia dengan paparan Tandem OLED PaperMatte berharga RM4,599

    Terbaharu, HUAWEI Malaysia telah melancarkan tablet terbaharu iaitu HUAWEI MatePad Pro 12.2. Tablet terbaharu ini mempunyai paparan Tandem OLED PaperMatte 12.2 inci, kecerahan puncak 2000 nits dan nisbah kontras 2,000,000:1. Selain itu, teknologi skrin PaperMatte dapat mengurangkan silau dan ketegangan mata dalam penggunaan yang lama.

    Salah satu ciri menonjol pada peranti ini ialah Papan Kekunci HUAWEI Glide yang mampu memberikan pengalaman menaip yang lancar sambil menyimpan dokumen dan mengecas HUAWEI M-Pencil (Generasi ke-3). Stilus menyokong sehingga 16,384 tahap kepekaan tekanan.

    Menariknya, pelancaran kali ini mengintegrasikan Lukisan Batik Tempatan yang unik pada Aplikasi GoPaint HUAWEI yang dibangunkan dengan kerjasama Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

    MatePad Pro 12.2 juga dilengkapi dengan HarmonyOS dan WPS Office Suite yang mampu meningkatkan produktiviti dengan menyediakan pengalaman seperti menggunakan desktop. Tablet ini memiliki berat hanya 508 gram dan ketebalan 5.5mm.

    Ia boleh didapati dalam pilihan warna Premium Gold yang diilhamkan oleh tekstur semula jadi Sutera Emas dan Hitam. Tempahan untuk HUAWEI MatePad Pro 12.2 yang berharga RM4,599 kini dibuka sehingga 11 Oktober 2024.

    Pelanggan awal boleh menikmati hadiah percuma termasuk Papan Kekunci HUAWEI Glide,  M-Pencil (Generasi ke-3) dan Tetikus Bluetooth HUAWEI bernilai sehingga RM1,847. Untuk membuat tempahan, lawati mana-mana Kedai Pengalaman HUAWEI, laman rasmi HUAWEI, kedai rasmi HUAWEI di Shopee atau Lazada.

    Spesifikasi lengkap HUAWEI MatePad Pro 12.2:

    • Skrin Tandem OLED PaperMatte 12.2 inci, resolusi 2800 × 1840 piksel, 274 ppi, kadar segar semula 144Hz, kadar persampelan sentuh 480Hz, kecerahan puncak 2000 nits dan nisbah kontras 2,000,000:1
    • RAM 12GB | Storan dalaman 512GB
    • Kamera utama 13MP dan kamera kedalaman 8MP | Kamera swafoto 8MP (F2.0) 
    • Bateri 10,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W
    • Ukuran ketebalan 5.5mm | Berat 508g
    • Sambungan: NearLink,Wi-Fi,Bluetooth
    • Harga RM4,599

    Dalam masa yang sama, HUAWEI secara rasmi melancarkan GoPaint Worldwide Creating Activity 2024 bertemakan “Creative by Nature” dari hari ini sehingga 31 Disember 2024. Anda boleh berkongsi karya seni digital unik di platform Komuniti HUAWEI melalui tablet HUAWEI MatePad. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured