Ulasan perniagaan dalam carian Google kebiasaannya akan tinggi dan agak positif. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pemilik kedai atau tempat boleh membuat ulasan palsu yang menyebabkan perkhidmatan diberikan tidak setanding dengan jangkaan.
Kini, menurut sumber, Google akan menggunakan label amaran ulasan palsu. Ia dikesan oleh pengguna yang berkongsi tangkapan skrin di bawah. Google belum mengesahkan secara rasmi kewujudan ciri ini tetapi dalam laporan Search Engine Roundtable, mereka telah membuat perubahan pada dasar berkenaan ulasan palsu yang ditinggalkan oleh pengguna.

Buat masa ini kami masih belum mengetahui cara Google mengesan ulasan palsu ini. Namun, mekanisme yang digunakan mungkin sama dengan sistem untuk mengesan komen yang berulang dengan niat jahat.
Notis ulasan palsu hanya tersedia di UK buat pada masa ini tetapi diharapkan ia akan dilancarkan di seluruh dunia kerana ulasan palsu menyukarkan orang ramai untuk membuat pilihan yang tepat. Langkah ini menarik kerana kita boleh melihat bagaimana trend sesebuah kawasan berubah.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: X Mike Blumenthal







