More

    Redmi Watch 5 Lite dan Watch 5 Active dilancar di Malaysia, bermula RM199

    Selain melancarkan siri telefon pintar Xiaomi 14T dan Xiaomi MIX Flip pada minggu lalu, Xiaomi Malaysia turut melancarkan dua utas jam tangan pintar baharu yang mampu milik iaitu Redmi Watch 5 Lite dan Redmi Watch 5 Active.

    Redmi Watch 5 Lite

    Redmi Watch 5 Lite dilengkapi skrin AMOLED berukuran 1.6 inci dengan resolusi 401×502, fungsi Skrin Sentiasa Hidup (Always On Display) dan Sentuhan Tapak Tangan Untuk Tidur (Palm Touch to Sleep). Ia turut mempunyai fungsi GPS, kalis air sehingga kedalaman 50 meter atau tekanan 5ATM dan hayat bateri sehingga 18 hari.

    Anda juga boleh seragamkan kalendar, uruskan tugasan dan dapatkan peringatan melalui sistem operasi Xiaomi HyperOS, serta pembantu virtual Alexa. Redmi Watch 5 Lite didatangkan dalam warna hitam dan emas terang, dijual pada harga RM259 di Malaysia.

    Sebagai promosi awal, Watch 5 Lite akan dijual pada harga RM199 dalam masa terhad.

    Redmi Watch 5 Active

    Sementara itu, Redmi Watch 5 Active pula mempunyai skrin IPS LCD 2 inci dengan resolusi 320×385 dan kecerahan puncak 500 nits. Fungsi-fungsi lain termasuklah panggilan telefon Clear+, bateri sehingga 18 hari, rating kalis air IPX8 dan rekaan besi aloi zink untuk ketahanan yang tinggi.

    Alexa juga boleh diaktifkan melalui arahan suara untuk bantu dalam tugasan harian anda. Watch 5 Active di Malaysia akan ditawarkan dalam warna Midnight Black atau Matte Silver dan dijual pada harga RM199.

    Sebagai promosi awal, Watch 5 Active akan dijual pada harga RM129 dalam masa terhad.

    Layari laman web Xiaomi Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua peranti ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured