More

    Xiaomi 15 Pro dikesan, tunjukkan reka bentuk kamera baharu

    Siri Xiaomi 15 akan diumumkan secara rasmi pada 20 Oktober dengan spesifikasi penuh untuk Xiaomi 15 dan 15 Pro telah pun didedahkan. Reka bentuk Xiaomi 15 Pro juga telah kelihatan di mana sebuah unit yang mirip dengan pendedahan awal telah dikesan di khalayak ramai.

    Susunan kamera belakangnya kelihatan serupa dengan Xiaomi 14 Pro tetapi perbezaannya adalah pada lampu LED yang kini berada di luar pulau kamera utama. Menariknya, Naib Presiden Kumpulan Xiaomi, Wang Xiaoyan dilihat memegang telefon tersebut, menambah kredibiliti kepada penemuan ini.

    Modul kamera baharu ini direka semula untuk menampung kamera telefoto periskop 50MP yang lebih canggih, menawarkan zum 5x dengan jarak fokus minimum 30cm. Kamera utama berjenama Leica dijangka mempunyai sensor 50MP 1/1.3″ dan apertur f/1.4 bersama kamera ultralebar 50MP dan kamera swafoto 32MP di bahagian hadapan.

    Daripada segi paparan, Xiaomi 15 Pro akan menampilkan panel AMOLED empat lengkung 6.78 inci dengan resolusi 2K dan kadar penyegaran semula 120 Hz sambil dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 4. Telefon ini akan menawarkan RAM 16GB dan storan sehingga 1TB dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 90W dan pengecasan wayarles 80W.

    Ia akan tersedia dalam warna hitam, putih, perak dan edisi khas titanium. Xiaomi juga dijangka memberikan lima kemas kini OS utama untuk 15 Pro. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured